::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, August 4, 2011

::SEKALI LAGI | SAYA MAHU KAHWIN!::




Zaman SPM dulu,
-"Bila nak kahwin?"
+"Muda lagi la, umur 27 ke, 28 ke kahwinlah."

Dah masuk U,
-"Bila nak kahwin?"
+"Bila-bila aje. Tunggu orang masuk meminang." :)
(ok, masuk je umur 21..gataii..hehe~)

Dulu, berangan nak kahwin dengan doctor, engineer or architect. Accountant pun boleh..
(as long as they are in the professional field..yela, nanti saya ni degree holder, mestilah nak kahwin dengan si-degree-holder jugak)

Wang hantaran mestilah tinggi,kan..
(orang ada ijazah la katakan)

Nak ikut tahun pulak dah..
(2011=11K, 2012=12K, 2015=15K........)
makin lambat makin mahal..:)

Nak buat majlis besar-besar
(nak jemput semua kawan-kawan masa sekolah rendah, lower form, upper form, matrix, uni, kawan-kawan FB lagi...ramai kan..)

Nak pakai baju cantik-cantik
(kahwin sekali je seumur hidup..eh kena la cantik, nak ambil gambar banyak-banyak nanti)

Tapi, betul ke apa yang dirancang ni..
(walaupun masih ada yang mahu pertikaikan, kita sekarang zaman moden, bukan zaman Rasulullah SAW dulu..)
Rasulullah SAW bersabda,
"Tanda barakah seorang wanita itu apabila cepat kahwinnya, ringan mas kahwinnya, serta ramai anaknya."
Mari lihat kembali masyarakat kita hari ini,

Ramai anak gadis yang menjadi andartu, andalusia and whatsoever (you named it) sebab kononnya perempuan hari ini boleh berdiri disebelah lelaki, tidak perlu untuk bergantung kepada lelaki lagi dan berkerjaya sehebat lelaki.
Nilai hantaran mnjadi sangat penting untuk diketahui sanak saudara, jiran tetangga..

" eh, anak Mak Limah tu lulusan universiti, tapi sikitnya hantaran dia."
"untung anak Mak Siti tu, belajar tak tinggi, tapi hantaran kalah orang ada ijazah."

Inilah masyarakat Melayu tipikal, hantaran tinggi salah..Hantaran rendah pun salah..
Bila usia dah masuk 3series baru nak kahwin, anak pun tak sempat la nak proses banyak-banyak kan (ok, abaikan ayat sangat kurang sopan disini)
Tapi ada jugak yang kahwin muda pun, tak ramai anak..Nak maintain body katanya..betul ke??

Bukan nak mengata sesiapa, tapi itulah realiti..
Segalanya dah tunggang langgang..


Kahwin makin lambat, maskahwin makin tinggi, anak makin takde..


Buat saya, awak, dia, dan kamu..
(yang bakal bergelar seorang isteri)
Jom plan semula impian perkahwinan kita mengikut Sunnah Rasulullah..
Kenapa perlu letak hantaran sampai 10-20ribu?
Kita bukan nak jual diri,
Bukan jua menilai harga cinta kita.
Kita sepatutnya kahwin cara Islam, bukan Kahwin cara Melayu!
Allah berfirman,
"dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan"
[ar Rum:21]

Saya perempuan lulusan ijazah (insyaAllah, setahun je lagi), saya ada tulang empat kerat, dan saya boleh berusaha. Kenapa perlu mengharap dengan lelaki?



Suami bukan untuk dibebani, tetapi untuk disenangi.
Isteri bukan untuk dibeli, tetapi untuk dikasihi.


Buat awak, dia, dan kamu..
(yang bakal bergelar seorang suami)

Tak payah nak tunjuk kaya sangat la sampai buat loan kat bank sebab nak kahwin.
Kalau dah buat, jangan sampai mintak isteri pulak bayarkan..
Tak payah nak keluarkan segala simpanan semata-mata nak jadi raja sehari.
Sehari je jadi rajanya, nanti the rest of ur life jadi seorang ayah..
Simpan duit siap2 nak beli pampers anak, susu anak..:p


p/s: mencari alasan konkrit untuk kahwin awal..hee~

nota kaki1:doctor,engineer or architect boleh la isi borang..:p
nota kaki2:khairul fahmi single skarang..h0ho~

tunggu orang masuk meminang,

hahaha~ =)

No comments: