::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Sunday, September 11, 2011

:: MUDA LAGI LA...::



Bila status Y!M jadi macam ni..


Status facebook pula begini..

Dan ini status skype...

APAKAH MAKNANYA??
*senang nye soalan..:p *


tiba-tiba popup window keluar...

+ "gatai la ni ye..."

- "akak!!!! mereka gembira..baru 21tahun dah kahwin..tak aci.. =,='

+ "lar, jodoh dah sampai, nak buat macam mana.."

- "tapi sama je macam org, tgah belajar lagi........"

+ "elok lah tu nikah..kan tu yang dituntut Allah..
mengelakkan berlaku zina berleluasa..

- " tapi.......

+ " yati pun nak kahwin boleh, kalau dah ada duit, sedia mental dan fizikal, boleh...
janji kena kuat, nikah kahwin bukan perkara main-main..."

- "takde duit pun boleh..nikah khitbah boleh,kn? heeeee........."

+ "boleh je..nak ke? nanti akak suruh abang gtaw mak...."

....................................................................................

alahai akak iparku sorang ni pun, senangnya...
tapi kalaulah semua orang berfikir macam ni,

YESSSS!!! BOLEH KAHWIN TAHUN NI GAK!!

Kalau dulu bukan main lagi,
Selagi belum ada kerja tetap,
Selagi belum ada kereta sendiri,
Tak nak kahwin!

Tapi sekarang, macam tak menyempat dah..

Sebabnya...
Saya jeles dengan mereka..
Si jejaka ada makwe,
Si gadis ada pakwe...
( pakwe = pak tua, makwe= mak tua??)

Mereka keluar makan bersama,
Mereka 'study grup' bersama,
Mereka berjalan bersama,
Mereka berpimpin tangan,
(nampak macam sweet sangat,kn)
Mereka ada si dia untuk berkongsi masalah,
Mereka ada si dia untuk berkongsi ketawa,
Mereka ada si dia untuk berkongsi air mata..

Teringin nak rasa apa yang mereka rasa..
Tapi , biarlah dengan si dia yang halal bagiku.. :)

Bukan tiada Allah untuk meminta pertolongan,
Bukan tiada ibu bapa untuk meluah isi hati,
Bukan tiada rakan-rakan untuk berkongsi suka dan duka,
Bukan tiada abang dan akak untuk berjalan bersama..

Tapi
Saya
Perempuan
Normal
Perasaan
Hadir
Bukan
Dipaksa


tiba-tiba lagi...
popup windows keluar semula....


- "tapi kan kak, dyer abis blajar lambat lagi la...
org sambung masters dulu eh.. nanti kami sama2 habis..."

+ "sapa cakap tak boleh kahwin masa belajar??....."

...............................................................................................

persoalannya: siapakah dyer?
*biarlah menjadi rahsia antara kami sahaja...tettt......*

buat mereka-mereka yang seusia saya,
yang telah selamat diijabqabulkan,
selamat membina Baitul Muslim,
saya bangga dengan anda,
Barakallahulakuma wabaraka aliakuma..
Wajama'a bainakuma filkhair.. :)
Doakan kami-kami dapat mengikut jejak langkah anda.. ;)

notakaki:saya memang muda lagi...saja nk kaitkan dgn tajuk...heee~
notakaki2:yati tu nama manjaku among my family members..*manjalah sgt.. :p *


p/s: esok start sem baru..so esok lah baru kembali semula hidup sebagai pelajar..:)



::100511-090911::



100511
melaka -----> endau
.
.
.
.
.
. 4bulan mencari erti hidup
.
.
.
.
.
090911
endau -----> melaka


4bulan,
ada yang cakap, sekejap je tu..
ada yang cakap, lamanyaaa..

bergantung bagaimana kita gunakan masa 4bulan tu..

betul, sekejap..
bila banyak sangat urusan penting yang kita kena selesaikan

betul juga, lama sangat 4bulan tu..
bila kita tak tahu nak isi apa dalam 4bulan tu..

walaupun masa mula-mula sangat menentang cuti sem yang selalunya 2bulan aje tiba-tiba jadi 4bulan,
tapi lepas lalui sendiri masa 4bulan tu..
aku bersyukur..
*org dah cakap, let it be, just follow the flow, DEGIL.. :p*

ilmu bukan boleh dikutip dalam kelas sahaja,
bukan boleh dikutip semasa bergelar pelajar sahaja,
tapi ilmu Allah itu ada dimana-mana,
boleh didapati bila-bila masa sahaja..

bercuti selama 4bulan,
hanya berehat dari menjadi pelajar di uni,
yang lain-lain, still go on..
malah semakin bertambah..

belajar menjadi seorang hamba Allah yang patuh kepadaNya,
cuba untuk mematuhi segala perintah, meninggalkan segala larangan
ok, belum berjaya..dan takkan berhenti selagi tak berjaya

belajar menjadi seorang anak yang solehah,
mak, ayah..maafkan atie,
masih belum mampu menjadi anak yang terbaik..

belajar menjadi adik dan kakak yang memahami,
yes, family first..
tapi kalau ikut law, siblings pun kita tak boleh percaya 100%.. camno?

belajar menjadi seorang fasilitator yang baik.. *ehemm..*
pertama kali, pastilah jauh dari kesempurnaan,
cuti lain kali boleh try lagi.. :)

belajar menjadi seorang pekerja yang komited..
komited ke kalau asyik maen fb? :p

belajar menjdi seorang rakan, sahabat dan teman yang.............
dunno the exact word to put..

belajar menjadi seorang isteri mithali...*ok, tipu+gatai+perasan*
jauh panggang dari api lagi nak jadi isteri orang!


teringat pesanan cikgu normaliah,
orang yang sentiasa sibuk akan lebih menghargai masa..

tapi...
ramai orang yang tak sibuk mana pun,
tapi buat-buat sibuk, perasan sibuk..
sampai nak baca alQuran Kareem sehelai sehari pun xsempat..



kalau dari kecik sampai sekarang,
kalau baca sehari sehelai,
agak-agak dah berapa kali khatam ek?



padahal Allah SWT dah ingatkan,
If We had sent down this Qur'an upon a mountain, you would have seen it humbled and coming apart from fear of Allah . And these examples We present to the people that perhaps they will give thought. [59:21]



notakaki:
azam sem baru.. *sem baru pun perlu ada azam ke?*
baca alQuran sekurang-kurangnya a page a day..
bukan sekadar membaca, cuba untuk memahami.. :)



Wednesday, September 7, 2011

::SOMEBODY THAT I USED TO KNOW::






buat kamu:
terima kasih atas warna-warna yang telah kau calitkan dalam hidupku
biarpun sekejap, warna itu menceriakan..:)



Monday, September 5, 2011

::AIDILFITRI | HARI RAYA AIR MATA::



Walaupun arini dah 7 Syawal, tapi nak tulis gak pasal hari raya..
Raya sebulan,kan..
So, sempat lagi la nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Kepada semua... :)




Bermula 2 minggu sebelum Syawal menjelma,
Lagu-lagu raya makin galak berkumandang dicorong radio,
Petanda Aidilfitri makin hampir,
Pembakar semangat untuk melakukan persiapan raya..


Tapi...
Kalau dengar lagu
Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee),
Musafir di Aidilfitri (Allahyarham S.Jibeng),
Pulanglah (Aishah),
Dari Jauh Kupohon Maaf (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad),
dan Lagu Air Mata Syawal (Datuk Siti Nurhaliza)

Agak-agak kita boleh tersenyum bahagia ke?


Lagu yang mendayu-dayu dan menikam kalbu itu
Seolah-olah mengajak kita untuk bersedih
Sedih terkenangkan ayah ibu yang telah meninggal dunia
Sedih kerana berjauhan dari ibubapa dan kaum keluarga
Malah, sedih juga kerana berjauhan dengan kekasih hati dihari mulia..


Dah dengar lagu-lagu yang menghibakan,
Tiba malam Hari Raya,
Kita dihidangkan dengan laungan takbir raya yang mendayu-dayu
Mereka-mereka bertakbir dengan wajah sayu,
Mendorong kita untuk sama bersedih


Tak cukup dengan lagu,
Tak cukup dengan takbir,
Tayangan drama dan filem ditelevisyen turut memainkan peranan,
Sebelum raya hinggalah selepas raya,
Cerita-cerita yang ditayangkan berjaya mengalirkan air mata kita,
Dari kisah keluarga yang ditimpa kemalangan ketika hendak pulang beraya dikampung,
Hinggalah kisah si ibu yang menanggung kerinduan menanti kepulangan anak di Aidilfitri

Bukankah hari raya tu sebenarnya hari untuk kita bergembira?


Kanak-kanak je yang gembira sambut raya?
Bagi kanak-kanak, memang gembiralah menyambut hari raya,
Sebab boleh p kutip duit raya banyak-banyak.. =p


Tapi kita pun mestilah bergembira
Sebab dah berjaya mengharungi bulan Ramadhan
Lagi gembira kalau matlamat Ramadhan tercapai
dan roh Ramadhan tu kita dapat rasa.. :)


Pada hari raya, kita disunatkan pakai pakaian baru dan cantik,
Mandi sunat hari raya, pakai bau-bauan...
Takkanlah dah pakai cantik-cantik, kita nak bersedih pulak..
Maknanya, kita memang kena bergembiralah pada hari raya..


Tapi...
Kenapa lagu raya tu sedih-sedih?
Kenapa takbir raya tu mendayu-dayu sangat?
Kenapa drama hari raya drama air mata?


Tak semua orang bernasib baik macam kita..
Sebulan berpuasa untuk membantu kita memahami kesusahan dan penderitaan fakir miskin,
Takkan dah habis puasa kita nak lupakan mereka macam tu je..
Sebab tu lagu-lagu sedih ni ada, cerita-cerita sedih ni ada..
Untuk ingatkan kita yang kegembiraan tu pun nikmat dari Allah.. :)




notakaki: airmata yang mengalir kerana gembira mungkin lebih bermakna... :)






Sunday, September 4, 2011

::KETENANGAN DIJUAL DISINI::



Bestnya kalau tengah jalan kat shopping mall,
Tiba-tiba ternampak signboard yang tulis


KETENANGAN DIJUAL DISINI


takpun tulis


PROMOSI HEBAT! KETENANGAN UNTUK DIJUAL
DAPATKAN SEGERA!!


Malangnya, kaya mana pun kita,
Banyak mana pun duit kita,
Kita tak mampu nak beli ketenangan itu

Kadangkala kita dah dapat nikmat ketenangan tu,
Tapi kita tak sedar, sampailah ia lenyap..

Bila hati gundah gulana,
Kita baru sedar,
Ketenangan tu dah takde bersama kita..

Macam mana ketenangan tu boleh hilang?

Mungkin kadang-kadang kita terlupa dengan firman Allah,

"Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah. Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."[13:28]


Ya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang,

Tapi, kita hanya mencari Allah saat hati berduka lara,

Saat hati berbunga riang,
Langsung lupa bersyukur kepada pemberi kegembiraan itu..






notakaki:belajar mencari ketenangan dengan membaca love letters from HIM, not him!

::TERIMA KASIH ITU THANK YOU::



IKHLAS

Satu perkataan yang sangat mudah diungkap
Namun, sangat sukar dilaksana

Satu perkataan yang amat ringkas
Namun, mempunyai maksud yang sangat mendalam

Kadangkala menjadi keliru,
Tertanya-tanya makna keikhlasan itu..

Ikhlas itu adalah rahsia antara hamba dengan Allah,
Tiada siapa yang mampu mengukur keikhlasan itu..


Imam alGhazali pernah berkata,

"Semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu.
Semua orang yang berilmu itu celaka kecuali orang yang beramal.
Dan semua orang yang beramal itu celaka kecuali orang yang ikhlas.
Dan orang yang ikhlas selalu dibayangi bahaya yang besar."



Orang cakap,
Orang berbudi kita berbahasa..
Orang dah tolong, ucaplah terima kasih..
Ikhlas tak ikhlas, bukan kita yang layak menentukan..


[tak perlu nak buat camni pon]



Fahamilah wahai diri,
Biarlah amal sedikit, ilmu sedikit asal Allah sentiasa merahmati kita
Biarlah hina dan keji pada pandangan manusia, asal mulia disisi Allah
Biarlah terpenjara di dunia ini, asal redha Allah bersama kita


Jadilah seorang yang ikhlas untuk berkawan dan tidak mengharap sebarang balasan..
cukuplah sekadar mengusung mayat kita ke liang lahad..:)



notakaki: terima kasih buat sahabat-sahabat dulu,kini dan selamanya..:)

notakaki2: betullah kata orang, umur itu sekadar angka, bukan pengukur kematangan seseorang..


Saturday, September 3, 2011

::A NEW BABY WAS BORN::


Alhamdulillah, a new baby was born..
Bukan my first anak sedara..
Anak sendiri lagi la bukan..
Anak sedara orang tu je sebenarnya..
Tapi tumpang excited..
Sebab nak tunggu anak sendiri lambat lagi..
Nak tunggu my fisrt anak sedara, sebulan lagi kot..

Tahniah la uncle..
Tahniah juga to ur family for the first cucu
Tahniah to ur big bro for the first child.. :)




[may Allah make the baby coolness of ur family eyes]



notakaki:dia dah jadi uncle, maknanya saya jadi auntie?? :p



::GOOD GIRL...BUKAN AKU::



good girls are found in every corner of the world.
but, unfortunately Earth is round.


buatlah baik macam mana sekali pun,
sebab kau seorang perempuan,
kau bukan juga yang terbaik!

tak payah susah-susah,
tak perlu pening-pening..
fikirkan diri sendiri dulu,
biarkan mereka...


memuaskan hati semua pihak adalah matlamat yang tidak akan tercapai


kadang-kadang rasa buat sehabis baik dah
tapi orang tetap tak nampak
asyik nampak kesalahan kita

kalau buat baik pun nampak jahat,
baik buat jahat je...


Smiley
bosan dengan telatah manusia tipikal itu..