::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Saturday, October 8, 2011

:: PERFUME TU WANGI?? ....::




BVLGARI
GUCCI
CALVIN KLEIN
HUGO
DOLCE & GABBANA
CELINE DION

Sebut apa sahaja nama perfume itu,
Dengan yakin dia memberikan komen,

“Perfume tu mahal, tapi sangat wangi”

“Perfume tu bau dia tahan lama, nice”

“Perfume tu ok la, soft..sesuai dengan awak”

Dah boleh ambil alih tugas promoter dah ni.. J

Semua orang nak wangi
Semua orang suka wangi

perfume kat LABUAN duty free.. :)


Sanggup berhabis beratus-ratus
Sebab nak beli perfume yang paling wangi
Perfume yang baunya tahan berjam-jam lamanya,

Mungkin puas hati bila dengar suara-suara halus berkata begini,

“Perfume apa dia pakai tu, wangi gile!”
*kesian, buat apa wangi tapi gila..oppsss*

“Semerbak satu ofis bila dia lalu”

Dia tersenyum senang dengan kata-kata itu,
Lagi-lagi kalau ayat itu keluar dari mulut sang jejaka,
Hati mula berasa bangga,

Astaghfirullah

Betul ke ni rasa bangga?
BANGGA SEBAB DAPAT DOSA?

Kenapa pulak dapat dosa?
Kan Allah suka kalau kita berhias, berpakaian cantik, kemas, wangi…

Betul,
Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan

Firman Allah SWT,
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan lah kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
[al Aa’raf:31]

Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas

Melampau lah tu kan kalau harga perfume sampai beratus-ratus
Melampau jugak la kan kalau sampai satu ofis boleh bau perfume kita
Melampau tak kalau sebulan sebotol perfume habis?

Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi atau haruman

So, kena buang lah minyak wangi yang ada semua ni?
Ehh, jangan…kan dah beratus-ratus duit habis..

Tak salah kalau kita nak pakai perfume,
Pakailah wangi-wangi masa kita ada kat dalam rumah..

Buat apa nak pakai perfume dalam rumah?
Membazir je…

Ha, dah tahu membazir kenapa sanggup berhabis beli perfume?

Pakailah wangi-wangi dalam rumah
Kan ada sang suami…*eheemmmmmmmm….*
(ok, ini in advance..;p)

Tiba-tiba terfikir,
Semua orang suka wangi,
Kita wangi sebab pakai minyak wangi,

Mujur dosa itu tidak berbau,
Kalaulah ia berbau, adakah orang yang hendak mendekati diriku ini?

Jom pastikan diri kita wangi dan terus mewangi dengan menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah… J




4 comments:

zi_anny said...

suka la ayat nie..
'Mujur dosa itu tidak berbau,
Kalaulah ia berbau, adakah orang yang hendak mendekati diriku ini?'

Cik Suria said...

ayat kopipasta.. :)

zi_anny said...

oh. patutla sedap. macm spageti plak. haha :D

Cik Suria said...

eh? eh?
ok, dah dpt mkn pon spaghetti tu..
terima kasih.. ;)