::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Wednesday, November 30, 2011

::SIAPA KITA??::



sempurna mana kita, 
nak cerita buruk orang, 
nak hukum orang?

siapa kita, 
taknak minta maaf, 
taknak memaafkan?






Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat 49:12)



aku tahu, 
aku pernah mengumpat,
aku pernah diumpat..

aku tahu,
aku sedang mengumpat,
aku sedang diumpat..

ku berharap,
aku takkan mengumpat lagi,
aku takkan diumpat lagi..

mampukah?
mampukah aku??

bukan susah,
tidak mustahil..

aku takkan mengumpat lagi,
jika aku mampu berbaik sangka,
jika aku tidak melulu membuat andaian,
jika aku tidak membuat keputusan tanpa menilai..

insyaAllah,
aku takkan diumpat lagi,
 jika aku menjaga habluminannas,
jika aku tidak lupa muhasabah diri,
jika aku tidak mahu hidup bersendirian..

oh Tuhan,
Kau Maha Pemurah, Kau Maha Penyayang..
Kurniakan aku Nur dan HidayahMu,
Agar aku tidak terus-terusan berdosa dengan manusia-manusia itu..

Ya Rabbi, 
Kau Maha Pengampun, Kau Maha Mengetahui,
Ampunkan aku, terima taubatku,bimbinglah aku,
Jangan Kau biarkan aku terus terlalai, leka, alpa dibuai arus tipu daya dunia..

Kumohon padaMu ya Latif, 
lembutkan hatiku untuk meminta maaf kepada mereka,
lembutkan hatiku untuk memaafkan mereka..

Ya Allah,
ku mohon padaMu.....  




30112011
1942
ORCHARD SQUARE
MELAKA


Dear December,
Please be nice to me.. (^,^)




6 comments:

zi_anny said...

marilah kita sama2 berusaha~ =="

kiwi said...

sifat buruk sangka ni skrg byk org buat..untuk elak 1st kena pkir positive dulu ..jgn cpt judge ^^

Cik Suria said...

zie: it's not easy, but not impossible! kan..kan..perlu berusaha!


kema: ok,ok...positif! =)

JR said...

Kemaafan adalah anugerah terindah....


Entri terbaru di blog JR:

"Biar Betul...Ada Pemimpin Wanita Malaysia Pakai Bra RM26,000??"

Admin said...

Mahasabah diri,
cermin diri sebelum mengata orang,
masing-masing punya kelemahan :)

Terbaru:
1. Friend Is A Present
2. Pilih Jalan untuk Menyerah

Cik Suria said...

JR: betul2..kemaafan adalah anugerah terindah..sebab tu susah nak dapat anugerah tu kot..



ahsfantasy24: mungkin dah terlupa yg perbezaan itu saling melengkapkan.. :(