……………….
(deleted)
……………….
(deleted)
……………….
(deleted)
……………….
(deleted)
……………….
(deleted)
……………….
(deleted)
Puas ku fikirkan
Penat ku mencari
Namun, tiada kata selayaknya
Yang mampu kulafaz padamu Ayah
Ayah,
Mungkin tidak banyak kenangan kita bersama
Yang dapat kuukir dalam memori
Bukan kerana kau tidak menghiraukanku
Bukan jua kerana aku tidak penting bagimu
Kerana kasih sayangmu kita tidak selalu bersama
Kerana keprihatinanmu kita tidak selalu bertemu
::my AYAH, my HERO::
Demi memenuhi keperluan kami adik-beradik
Laut dan pulau menjadi sahabatmu
Demi menjaga kebajikan kita sekeluarga
Ombak dan angin kencang kau harungi
Tanpa mengenal siang dan malam
Tanpa bersungut penat dan letih
Kau membanting tulang di tengah lautan
Berharap pulang dengan hasil lumayan
Oh ayah,
Ketiadaanmu di sisi membuatkanku mencemburui rakan-rakanku
Saat melihat mereka ditemani ayah mereka hingga ke pintu kelas
Aku sendirian mengayuh basikal hingga ke sekolah
Saat mereka bergelak gembira bersama ibu bapa
Aku hanya ada emak yang setia menemaniku
Saat aku ketakutan kala petir sabung menyabung
Emak juga yang ada di sisi menenangkanku
Saat mereka dibantu ibu bapa untuk menyiapkan kerja sekolah
Aku hanya mengharapkan kehadiran emak membantuku
Namun, aku tak salahkan dirimu ayah
Kerana kumengerti ketiadaanmu bukanlah kerelaanmu
::menginjak ke angka 21, aku mampu berfikir dengan lebih baik::
Semakin dewasa, semakin memahami
Apa itu kesusahan, apa itu kesukaran
Apa itu erti pengorbanan seorang ayah
Hingga kini, langsung tidak pernah kulupa untuk berdoa
Agar kau sentiasa dalam redha dan rahmat Allah
Dalam setiap denyut nadi dan jantungku,
Hatiku berkata, terima kasih Ayah!
Hari ini 27 APRIL 2011
Genap 51tahun usiamu
SELAMAT HARI LAHIR AYAH
YOU ARE MY HERO!!
Ikhlas dari,
anakmu yang sedang berjuang dalam final exam,
tak perlu lagi kupohon doa darimu kerana kutahu,
doa dari ayah dan mak sentiasa mengiringi setiap langkahku
maafkanku yang selalu menyakiti hatimu tanpa aku sedari