::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Wednesday, August 31, 2011

::I DON'T NEED YOU ANYMORE::




Boleh tak kalau nak jadi...

Perempuan tanpa air mata..
Perempuan tanpa puisi..
Perempuan tanpa blog..
Perempuan tanpa lagu kegemaran..

Nampak macam gagah..

Bukan bermakna perempuan yang
menangis,
berpuisi,
menulis blog,
dan ada lagu kegemaran itu lemah..


Tapi..


Apa guna menangis
Jika air mata tu sebab terkenang saat manis bersamanya

Apa guna berpuisi
Andai kata puitis muncul kerana rindukannya..

Apa guna menulis blog
Jika setiap ayat mengharapkan kehadirannya..

Apa guna ada lagu kegemaran
Andai segala lirik semakin mengingatkannya..


[bodoh harini tak bermakna esok pon bodoh gak]


Bad women are for bad men, and bad men are for bad women; while good women are for good men, and good men are for good women. The latter are absolved from anything they may say; they will have and generous provision. [24:26]


Aku tak cukup baik untuk kau..
Atau kau yang bukan terbaik untuk aku?


Ok, aku tetap aku
Akulah perempuan itu..

Perempuan dengan air mata..
Perempuan dengan puisi..
Perempuan dengan blog..
Perempuan dengan lagu kegemaran..


Tapi..
Kali ini....


Biarlah air mata ini menitis
Kerana mengenangkan betapa sia-sianya 21tahun hidupku

Biarlah aku terus berpuitis
Kerana mensyukuri segala nikmat dariNya

Biarlah aku terus berbelog
Kerana hati yang keras perlu dilembutkan

Biarlah aku terus menyanyi lagu kegemaran
Kerana lirik itu mengajarku erti hidup




notakaki:hati tertanya-tanya, wujudkah istilah tipu sunat itu?




Friday, August 26, 2011

::MULANYA PAHIT | MANIS AKHIRNYA::



+25Ramadhan1432+

-"sayang, hows fasting ?"

+"fasting ok..amalan lain yg tak ok..ntahlah sayang..kadang2 rasa penat sangat, nafsu tidur dah tak boleh nak kawal...urrmmm...."

-"ala, same je kita..graph menurun n things get out of hands.."

+"kenapa ek? rasa macam hilang semangat..padahal fasa terakhir Ramadhan ni la yg orang kejar.."

-"biasa la dear...nak istiqamah tu memang susah.."

...............................................................................

memang susah nak istiqamah..
kadang-kadang mungkin rasa kita dah berjaya..
tiba-tiba hilang macam tu aje...

tapi kita perlu ingat,
istiqamah tu memang susah sebab hati kita Allah yang pegang

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang Allah SWT kehendaki kebaikan baginya, maka Allah SWT akan memberikan pemahaman agama kepadanya"
[HR Bukhari & Muslim]
Jadi, kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa berdoa,

Wahai yang membolak balikkan hati, palingkanlah hati ini pada ketaatan kepadaMu
Wahai yang membolak balikkan hati, palingkanlah hati ini pada DinMu...

Apabila harini tak sempat nak solat terawih,
Takpe, esok boleh buat..

Apabila harini tak sempat nak bertadarus,
Takpe, esok boleh cover semula..

Apabila harini tak sempat nak betasbih,
Takpe, kan dah selalu buat..

Harini takpe,
Esok pun takpe,
Lusa masih lagi takpe..

Susahnya nak istiqamah apabila tabiat takpe tu masih tebal dalam diri


Sedar-sedar kita dah dipenghujung Ramadhan,
Anak bulan Syawal dah tak sabar-sabar nak keluar..


Takpelah, Ramadhan tahun depan ada lagi..

Haih! Takpe lagi??
Siapa janji Ramadhan tahun depan ada lagi?
Mungkin ada untuk orang lain, tapi takde untuk kita..

Rupanya ini adalah Ramadhan terakhir kita..
Agak-agak menyesal tak??

Tepuk dada, tanya IMAN
Tanya IMAN, jangan tanya AIMAN
AIMAN memang tak kisah,
Kita yang kena kisah bila disoal nanti

Kadang2, amalan tu kena paksa sebelum jadi darah daging..
Biarlah pahit sekejap, kalau manis itu pasti pada akhirnya.. :)

Ramadhan belum lagi berakhir,
namun kita seakan-akan sudah lupa untuk mengejar keampunan dari Allah.
nafsu Syawal mengatasi segala.
sedarlah.
apa janji kita untuk Ramadhan di awal dahulu?
untuk kecapi Ramadhan yang lebih bermakna, bukan?

sudah cukup puas kah ibadah Ramadhan kita di sisi Allah?
[jzkk iffah 4 the reminder.. :) ]



Thursday, August 25, 2011

::SALAM AIDILFITRI |1 SYAWAL1432| 30 OGOS 2011::






bila sebut je hari raya..
mesti ada baju baru, kasut baru..
n time ni la boleh dapat duit raya banyak-banyak..
itu dulu..cerita bertahun-tahun lepas...
TAPIII..........................

tapi ok lg tak dapat duit raya dari kena keluarkan duit raya,kan??
hahahaha~~ Smiley


Thursday, August 18, 2011

::JAWAPAN UNTUK SOALAN::

disebabkan dah lama tak kena tagged n makin jarang conteng blog ni dengan idea2 mengarut yang kadang2 sampai luar alam, dengan besar hatinya menjawab soalan2 dibawah:


2. Nickname: atie, atty, yati, su..ikot korang la
4. Male/Female: not a girl, but not yet a woman..Welcome to www.FreeSmileys.org
6. Primary school: sk bandar endau
7. High school: smk ungku husin, mrsm terendak, mrsm pengkalan chepa
8. Hair color: sapphire black with sunsilk... Smiley
9. Tall or short: yang sedang2 saja
12. Phone or camera: nak dslr!
14. Orange or apple: an apple a day, keep doc away
15. Do u have a crush on sumeone: always?? haha!
16. Eat or drink?: tidur lagi bagus Smiley

17. Piercing: anting2 dah ilang
18. Pepsi or coke: carbonated drink is risky!
19. Been in an airplane: coming soon...nk p Sydney! Smiley
20. Been in a relationship: for 1year, 1month, 1week, n 1day only.....

21. Been in a car accident: yes...salahkan my big bro! haha~ Smiley
22. Been in a fight: part of my life
24.1st best friend: friends are the best!
25. 1st award: APP boleh?
26. 1st crush: my-incik-ilham Smiley

29. Last friend u talked in person: dila-gossiping Smiley
30. Last friend u texted: adeq-tak habis2 ngadu trial PMR susah!
31. Last friend u watched a movie with: geng ORCHARD SQUARE
32. Last food u ate: sahur with kurma
33. Last movie u watch: sekali lagi
34. Last song u listened to: hamza robertson:something about life-o Allah
35. Last thing u bought: semalam beli kad raya
36. Last person u hugged: my little sister,
last weekend p melawat adekku sayang
Smiley

Favorites...
39. Bottoms: KIV
42. Colors: purple, the pastel one
43. Movie: syurga cinta?
44. Subjects: Islamic Finance
(Pn Fiza, sile bangge Smiley )

Have You Ever...
45. Fallen in love with someone: love+hate=hlovate Smiley
46. Celebrated Halloween: halloween tu ape?
47. Had your heart broken: banyak kali dah
48. Went over the minutes/texts on your cell phone: selalu - just
thinking the best sentences to reply (copy paste dr zul)


49. Wanted to smack someone upside the head: apabila si kerek tak pasal2 nak berlagak
51. Eaten a whole standard sized pizza: bubur ayam McD lg best
52. Tried to do something, but couldn't succeed : usaha tak cukup lagi tu..
53. Did something you regret: tak pikir dulu, meme arr~ Smiley

54. Broke a promise: sorry, sy tak sempurna..
55. Hid a secret: perempuan boleh simpan rahsia ke?
56. Pretended to be happy: hati menangis tak siapa tahu..
57. Met someone who changed your life: tQ..He guided me thru u..
58. Pretended to be sick: Smiley alasan to escape classes..hoh0~
59. Left the country: p thailand, bukan p kawen lari
61. Cried over the silliest thing: tak berapa nak silly la..
62. Ran 5 miles: cross country @ terendak
63. Went to the beach with your best friends: last year..nk p lg la!
64. Got into an argument with your friends:
sape suruh cari pasal... Smiley
65. Hated someone: sorry..fb blocked.. Smiley
66. Stayed single for a whole year: family n friends are always there..

Currently...
67. Eating: fasting...
68. Drinking: tak boleh minum gak..
69. Listening to: iluvislam radio
71. Plans for today: better than yesterday

Your Future?
73. Want kids: dah ada nama pun..
74. Want to get married: ASAP..haha!

Which is Better in The Opposite Sex?
76. Lips or Eyes: beauty lies in the eyes of the beholder..
77. Shorter or taller: 15cm taller than me will be nice..
78. Romantic or spontaneous: ikut dan la..
79. Nice stomach or nice arms: both
82. Looks or personality: cantik luar, cantik dalam... Smiley

Have You Ever...
83. Lost glasses/contacts: orang careless selalu rugi..
84. Snuck out of a house: pssstttt.....
Smiley

86. Kissed someone before: always
88. Been in love: dulu, kini n selamanya..
89. Cried when someone died: yes!
Smiley


Do You Believe In...
90. Yourself: sometimes
92. Love at first sight: maybe
96. God : you are the One, the only One

Truthfully...
97. Is there one person you want to be with right now?
bukan 1 je, banyak!
100. Would you change something in your life:
boleh pusing semula masa??



p/s:i thank u zul sebab suruh jawab soalan yg sangat banyak ni...
macam taw2 je aku tengah keje, tp xde keje..huhu~

notakaki: malas nak tag sape2..




Tuesday, August 16, 2011

::MISSING 24/7::


semoga selamat disana..
teruskan menjadi ilham selagi kau perlukan idola...


tiba2 rasa rindu sangat...



Friday, August 5, 2011

:: SENYUM | TAK PERLU KATA APA2::



Harini dah 05 Ogos..
Haritu start keje 05 Julai..
Dah sebulan rupanya keje..
Cepatnya masa berlalu..
Bermacam ragam client dilayan..
Berjuta ilmu dapat ditimba..:)


"Awak ni banyak senyum sangat la..macam mana nak jadi pegawai?"

"Senyum kan sedekah, lagipun bulan puasa kan ni p.cik.."( senyum lagi)
*padahal nak jawab, bila pulak saya nak jadi polis..hehe~*

" Ya p.cik..ada pape boleh saya tolong? "
*fokus2..sy sedang bekerja*

ok, taknak cerita pasal kerja, tp nak cerita pasal senyum...

senyum..
senyum..
senyum...

tak susah pun kan..
senyumlah..
kenapa tak nak senyum??

senyum tu banyak kebaikannya taw..
betul ni..tak tipu pun..

kalau kita tengok orang tersenyum, mesti kita rasa nak senyum sama kan?
ada ke orang nak marah tengok orang senyum? (lainlah kalo senyuman menyindir,kan)
senyuman juga adalah rahsia awet muda...(ok, ini rahsia)
apabila kita senyum, tekanan darah akan menurun..
sistem imun pun makin meningkat..tak percaya?
sila tanya doctor..:)


dan yang paling penting..SENYUM TU KAN SEDEKAH..:)

bukan orang laein yang cakap, tapi Rasulullah SAW sendiri yang cakap...

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa-apa untuk disedekahkan bertanya,

" Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya? "


Rasulullah SAW bersabda,
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."
[HR Tirmizi dan Au Dzar]


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu adalah ibadah,
" Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah."
[HR Tirmidzi Ibnu Hibban dan Baihaqi]

tak kisah la tua ke, muda ke, ada gigi ke, takde gigi ke, senyum je...:)


" Awak nak jadi menantu p.cik?"

...hanya mampu tersenyum lagi....


Eh p.cik ni, ingatkan dah habis...nak gelak golek2 rasa..ada patut tanya camtu..ok, saya tahu orang memang suka tengok Saya tersenyum manis dengan lesung pipit di pipi ni.. orang lain senyum sebab senyuman tu mendamaikan jiwa..:)


sy yg suka senyum,


Thursday, August 4, 2011

::SEKALI LAGI | SAYA MAHU KAHWIN!::




Zaman SPM dulu,
-"Bila nak kahwin?"
+"Muda lagi la, umur 27 ke, 28 ke kahwinlah."

Dah masuk U,
-"Bila nak kahwin?"
+"Bila-bila aje. Tunggu orang masuk meminang." :)
(ok, masuk je umur 21..gataii..hehe~)

Dulu, berangan nak kahwin dengan doctor, engineer or architect. Accountant pun boleh..
(as long as they are in the professional field..yela, nanti saya ni degree holder, mestilah nak kahwin dengan si-degree-holder jugak)

Wang hantaran mestilah tinggi,kan..
(orang ada ijazah la katakan)

Nak ikut tahun pulak dah..
(2011=11K, 2012=12K, 2015=15K........)
makin lambat makin mahal..:)

Nak buat majlis besar-besar
(nak jemput semua kawan-kawan masa sekolah rendah, lower form, upper form, matrix, uni, kawan-kawan FB lagi...ramai kan..)

Nak pakai baju cantik-cantik
(kahwin sekali je seumur hidup..eh kena la cantik, nak ambil gambar banyak-banyak nanti)

Tapi, betul ke apa yang dirancang ni..
(walaupun masih ada yang mahu pertikaikan, kita sekarang zaman moden, bukan zaman Rasulullah SAW dulu..)
Rasulullah SAW bersabda,
"Tanda barakah seorang wanita itu apabila cepat kahwinnya, ringan mas kahwinnya, serta ramai anaknya."
Mari lihat kembali masyarakat kita hari ini,

Ramai anak gadis yang menjadi andartu, andalusia and whatsoever (you named it) sebab kononnya perempuan hari ini boleh berdiri disebelah lelaki, tidak perlu untuk bergantung kepada lelaki lagi dan berkerjaya sehebat lelaki.
Nilai hantaran mnjadi sangat penting untuk diketahui sanak saudara, jiran tetangga..

" eh, anak Mak Limah tu lulusan universiti, tapi sikitnya hantaran dia."
"untung anak Mak Siti tu, belajar tak tinggi, tapi hantaran kalah orang ada ijazah."

Inilah masyarakat Melayu tipikal, hantaran tinggi salah..Hantaran rendah pun salah..
Bila usia dah masuk 3series baru nak kahwin, anak pun tak sempat la nak proses banyak-banyak kan (ok, abaikan ayat sangat kurang sopan disini)
Tapi ada jugak yang kahwin muda pun, tak ramai anak..Nak maintain body katanya..betul ke??

Bukan nak mengata sesiapa, tapi itulah realiti..
Segalanya dah tunggang langgang..


Kahwin makin lambat, maskahwin makin tinggi, anak makin takde..


Buat saya, awak, dia, dan kamu..
(yang bakal bergelar seorang isteri)
Jom plan semula impian perkahwinan kita mengikut Sunnah Rasulullah..
Kenapa perlu letak hantaran sampai 10-20ribu?
Kita bukan nak jual diri,
Bukan jua menilai harga cinta kita.
Kita sepatutnya kahwin cara Islam, bukan Kahwin cara Melayu!
Allah berfirman,
"dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan"
[ar Rum:21]

Saya perempuan lulusan ijazah (insyaAllah, setahun je lagi), saya ada tulang empat kerat, dan saya boleh berusaha. Kenapa perlu mengharap dengan lelaki?



Suami bukan untuk dibebani, tetapi untuk disenangi.
Isteri bukan untuk dibeli, tetapi untuk dikasihi.


Buat awak, dia, dan kamu..
(yang bakal bergelar seorang suami)

Tak payah nak tunjuk kaya sangat la sampai buat loan kat bank sebab nak kahwin.
Kalau dah buat, jangan sampai mintak isteri pulak bayarkan..
Tak payah nak keluarkan segala simpanan semata-mata nak jadi raja sehari.
Sehari je jadi rajanya, nanti the rest of ur life jadi seorang ayah..
Simpan duit siap2 nak beli pampers anak, susu anak..:p


p/s: mencari alasan konkrit untuk kahwin awal..hee~

nota kaki1:doctor,engineer or architect boleh la isi borang..:p
nota kaki2:khairul fahmi single skarang..h0ho~

tunggu orang masuk meminang,

hahaha~ =)

Wednesday, August 3, 2011

::RAMADHAN TERINDAH::



Jika aku terbang di angkasa,
Kulihat bumi nan indah,
Hijau itu daratan,
Biru itu lautan.

Aku leka dibuai keindahan,
Alam ciptaan Tuhan,
Yang satu,
Yang Esa,
Yang Maha Kuasa.

Andai kata biru itu pahala,
Hijau pula dosa,
Mampukah lautan menutupi daratan.

Andai kata pula hijau itu pahala,
Biru tu dosa,
Mampukah daratan mengambusi lautan.


Kulihat kelangit,
Biru!

Kurenung daratan,
Hijau!

Syurga atau neraka,
Di manakah aku?

Risau dan gelisah,
Resah taubat tak diendah.

Tangan ditadah,
Dahi ke tanah,
Hati pasrah.

Terawikh,
Tasbih,
Tahajjud,
Taubat,
Buat Ramadhan terindah..


mengharap dapat merasakan roh Ramadhan sebenar,